
Archive for 2012
Hukum Memakai Emas Putih & Platinum Bagi Lelaki
Soalan :
Assalamualaikum ustaz, bolehkah
ustaz memberikan sedikit huraian berkenaan hukum orang lelaki memakai emas
putih dan platinum, adakah harus kerana ia bukan emas seperti emas kuning?
JAWAPAN :
Hukum lelaki memakai emas amat
jelas hukumnya, iaitu haram berdasarakn begitu banyak dalil-dalil hadith,
antaranya :-
Ali bin Abu Talib r.a. berkata:
"Rasulullah s.a.w. mengambil
sutera, ia letakkan di sebelah kanannya, dan ia mengambil emas kemudian diletakkan
di sebelah kirinya, lantas ia berkata: Kedua ini haram buat orang laki-laki
dari umatku." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Hibban dan Ibnu
Majah)
Tetapi Ibnu Majah menambah:
"halal buat orang-orang
perempuan."
Nabi s.a.w. juga pernah melihat
seorang laki-laki memakai cincin emas di tangannya, kemudian oleh Nabi
dicabutnya cincin itu dan dibuang ke tanah.
Kemudian beliau bersabda:
"Salah seorang diantara kamu
ini sengaja mengambil bara api kemudian ia letakkan di tangannya. Setelah
Rasulullah pergi, kepada si laki-laki tersebut dikatakan: 'Ambillah cincinmu
itu dan manfaatkanlah.' Maka jawabnya: 'Tidak! Demi Allah, saya tidak mengambil
cincin yang telah dibuang oleh Rasulullah.'" (Riwayat Muslim)
Dan seperti cincin, menurut apa
yang kita saksikan di kalangan orang-orang kaya, yaitu mereka memakai pena
emas, jam emas, gelang emas, bekas penghidup rokok emas, gigi emas dan
seterusnya adalah haram hukumnya.
Bagaimanapun, bagaimana pula
hukum emas putih? Adakah hukumnya sama seperti emas biasa yang berwarna kuning?
Untuk menjawab soalan ini, kita
perlu memahami apakah itu emas secara umum.
Emas adalah unsur kimia dalam tabel
periodik yang memiliki simbol Au (bahasa
Latin: 'aurum') dan nomor atom 79.
Sebuah logam transisi (trivalen dan univalen) yang
lembek, mengkilap, kuning, berat, "malleable", dan
"ductile". Emas tidak bereaksi dengan zat kimia lainnya tapi
terserang oleh klorin, fluorin dan aqua regia.
Logam ini banyak terdapat di nugget emas atau serbuk di bebatuan dan di deposit alluvial dan salah satu logam coinage. Kode ISOnyaadalah XAU.
Emas melebur dalam bentuk cair pada suhu sekitar 1000 derajat celcius. (http://id.wikipedia.org/wiki/Emas )
Inilah namanya emas. Sekarang,
jika terbukti emas putih adalah dari jenis yang sama logamnya maka hukumnya
adalah sama dengan emas kuning. Jikalau kita melihat takrif emas putih di bawah
:-
White Golds: What
are they?
What are 'white golds'? Are they a special form of gold? Do they contain gold? These are typical questions often asked of us. Well, they are not a special form of gold (which is why you cannot get 24 carat white gold). Actually, they are true carat golds, just like yellow or red carat gold jewellery. They are gold alloys that look white rather than yellow. The white colour is achieved by careful choice of the alloying metals, which bleach the deep yellow of pure gold. ( Rujuk : http://www.gold.org/jewellery/technology/colours/white.html
What are 'white golds'? Are they a special form of gold? Do they contain gold? These are typical questions often asked of us. Well, they are not a special form of gold (which is why you cannot get 24 carat white gold). Actually, they are true carat golds, just like yellow or red carat gold jewellery. They are gold alloys that look white rather than yellow. The white colour is achieved by careful choice of the alloying metals, which bleach the deep yellow of pure gold. ( Rujuk : http://www.gold.org/jewellery/technology/colours/white.html
Juga disebut bahawa :-
"White gold is
an alloy of gold and at least
one white
metal, such as silver or palladium.
Like yellow gold, white gold is measured in Karats."
(http://en.wikipedia.org/wiki/White_gold)
Berdasarkan keterangan dari
sumber-sumber yang berwibawa ini, saya kira adalah jelas bahawa emas putih
adalah jenis logam yang sama dengan emas kuning cuma ia terdapat campuran logam
berwarna putih samada dari perak atau palladium. Justeru, hukumnya adalah
sama iaitu Haram buat orang lelaki dan halal bagi kaum wanita memakainya.
Adapun Platinum, ia adalah jenis
logam yang berlainan
Dalam takrifannya Platinum adalah
: "Platina adalah suatu unsur kimia dalam tabel
periodik yang memiliki lambangPt dan nomor atom 78.
Sebuah logam transisi yang berat,
"malleable", "ductile", berharga, berwarna putih-keabuan.
Platinum tahan karat dan terdapa dalam beberapa bijih nikel dan copper. Platinum
digunakan dalam perhiasan, peralatan laboratorium, gigi, dan peralatan kontrol emisi mobil." ( Rujuk : http://id.wikipedia.org/wiki/Platina )
Jelas dari penjelasan ini, bahwa
emas putih bukanlah platinum sebagaimana yang didakwa beberapa pihak sehingga
membawa kepada fatwa halal orang lelaki memakai emas putih kerana ia adalah
platinum.
Kesimpulannya : Halal bagi lelaki
memakai platinum dan haram baginya untuk memakai emas putih. Bagaimanapun yang
terpilih tetap perak bagi orang lelaki, kerana ia adalah sunnah Nabi SAW jua.
Sekian
Ust Zaharuddin Abd Rahman
12 Feb 2007
24 Muharram 1427

Walimatul urus : antara adat dan sunnah
Dalam kepesatan masyarakat menuju
ke arah negara maju, masih wujud kekeliruan antara tuntutan agama dan adat yang
menjadi pegangan kuat orang Melayu. Bahkan, ada pepatah mengatakan “biar mati
anak, jangan mati adat”. Ini menggambarkan betapa dalam sesuatu situasi adat
mendahului kepentingan lain dalam hidup. Dalam masyarakat Melayu adat masih
diamalkan terutama dalam majlis perkahwinan.
Perkahwinan merupakan perkara
yang penting dalam kehidupan masyarakat Melayu. Perkahwinan dianggap sebagai
tali penyambung dalam menghubungkan dua manusia secara halal sehingga mendapat
zuriat. Sistem perkahwinan orang Melayu secara dasarnya banyak menurut
adat-adat masyarakat dahulu yang berkaitan dengan adat-adat orang Hindu. Namun
dengan kedatangan Islam, banyak perubahan yang berlaku selaras dengan perubahan
taraf kehidupan dan perubahan fikiran orang Melayu amnya. Walau bagaimanapun,
akibat daripada amalan yang sudah lama dituruti dan telah bersemadi dalam
kehidupan orang Melayu, terdapat adat yang masih kekal dan diikuti tetapi sudah
ada perubahan, ditambah atau diringkaskan untuk selari dengan ajaran islam.
Agama Islam adalah sebuah agama
yang bersifat syumulliyah dan universal. Maka, agama Islam sememangnya
merupakan agama yang bercorak konvensional iaitu yang boleh diterima umum. Kita
perlu faham bahawa Islam bukanlah agama yang diwahyukan untuk bangsa Arab
sahaja bahkan Islam adalah agama yang relevan untuk semua bangsa di dunia ini.
Oleh itu, Islam bukanlah dilihat sebagai agama yang menghapuskan kebudayaan
sesuatu bangsa jika bangsa tersebut memilih Islam sebagai agamanya. Hal ini
kerana, antara faktor yang menyebabkan agama Islam berkembang kepada setiap
bangsa dan daerah adalah kerana Islam tidak menghapuskan budaya dan adat resam
sesuatu bangsa atau negeri selagi ia tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip
Islam. Begitulah juga halnya dalam soal upacara perkahwinan. Masyarakat Melayu
sememangnya bebas untuk mengadakan upacara perkahwinan berdasarkan budaya dan
adat mereka berdasarkan hadis sahih bukhari jilid iv:
“Dari Anas bin Malik R.A,
Rasulullah SAW. melihat banyak wanita dan anak-anak kembali dari suatu pesta
perkahwinan. Lalu beliau berdiri lama-lama degan gembira, seraya berkata: “Hai
Tuhan! Kamu ini semua adalah termasuk orang-orang yang paling saya cintai” (Hadis
Riwayat Bukhari)
Jelaslah disini bahawa islam
tidak melarang mana-mana adat di dunia ini selagi ianya tidak melanggar hukum
syarak.
Menurut Kamus Dewan (1997), adat
bermaksud peraturan yang lazim dilakukan sejak dahulu kala. Manakala istiadat
pula bermaksud berbagai-bagai adat yang diikuti. Jika dahulu masyarakat melayu
hanya mengikut adat nenek moyang sahaja namun kini menteliti masyarakat melayu
telah berubah seiring dengan perkembangan dan kemajuan yang dikecapi negara
kita. Persoalanya adakah adat perkahwinan dewasa ini selari dengan tuntutan
syariat Islam?
Adat-adat perkahwinan yang biasa
dilakukan oleh masyarakat Melayu ialah merisik, meminang, bertunang, majlis
akad nikah, bersanding, dan walimatul urus iaitu majlis perkahwinan. Secara
dasarnya perkahwinan orang Melayu dewasa ini selari dengan tuntutan Islam walau
bagaimanapun, ada sebahagian upacara yang diadakan di dalam adat perkahwinan
itu yang bercanggah dengan ajaran islam. Adat Meminang merupakan adat
kebiasaan masyarakat Melayu yang diterima oleh Islam. Peminangan adalah
permulaan proses perkahwinan dan merupakan suatu ikatan janji pihak lelaki dan
perempuan untuk melangsungkan perkahwinan mengikut tarikh yang dipersetujui oleh
kedua-dua pihak. Hukum peminangan adalah harus dan hendaklah bukan isteri
orang, bukan mahram sendiri, tidak dalam idah, dan bukan tunangan orang. Pemberian seperti cincin kepada wanita semasa peminangan merupakan tanda
ikatan pertunangan. Apabila berlaku keingkaran yang disebabkan oleh lelaki,
pemberian tidak perlu dikembalikan dan jika disebabkan oleh wanita, maka
hendaklah dikembalikan, namun persetujuan hendaklah dibuat semasa peminangan
dilakukan.Acara kemuncak majlis pertunangan adalah adat sarung cincin di mana
wakil pihak lelaki yang terdiri dari ibu atau saudara perempuannya akan
menyarungkan cincin pertunangan atau cincin tanda ke
jari manis gadis yang dilamar. Setelah itu rasmilah sudah pertunangan
tersebut. Menurut ustazah Marina Munira binti Abdul Muttalib dari Fakulti
Kepimpinan dan Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) amalan
bertunang di dalam islam dipanggil khitabah dan ianya sama sekali tidak
bertentangan dengan syariat islam tetapi apa yang berlaku sekarang ialah ada
segelintir masyarakat yang bakal pengantin lelaki itu sendiri yang menyarungkan
cincin kepada pasangannya. Hal ini jelas bertentangan dengan ajaran islam
kerana mereka berdua lagi bukan muhrim.
Adat persandingan dilihat
sebagai suatu perkara yang “wajib” bagi satu pasangan apabila berkahwin dari
kaca mata kebanyakan masyarakat Melayu. Persandingan dalam masyarakat Melayu
dapat ditakrifkan sebagai suatu perlakuan yang menempatkan pasangan
suami-isteri yang telah diijab-kabulkan di atas pelamin yang dihias indah
dengan mengenakan pakaian yang kemas dan cantik, berhias wajah serta dikipas
oleh dua orang pengipas yang turut dikenali sebagai pengampit. Tujuan diadakan
adat persandingan adalah untuk diperlihatkan pasangan pengantin tersebut kepada
masyarakat setempat dan sebagai nostalgia manis dalam kehidupan pasangan
pengantin tersebut selain bertujuan meneruskan tradisi nenek moyang secara
turun-temurun.
Ustaz Syed Salim bin Syed hussin
dari Fakulti Syariah dan Undang-Undang USIM berkata demi meraikan adat, Islam
membenarkan persandingan dengan meletakkan beberapa syarat iaitu hendaklah
disandingkan secara tertutup di hadapan muhrim atau keluarga terdekat dan
kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat sahaja. Walau bagaimanapun, jika
ingin melakukan secara terbuka diharuskan jika bertujuan iklan atau untuk
mengisytiharkan dan memperkenalkan mempelai kepada para jemputan dan kaum
keluarga dengan syarat kesemua pihak baik pengantin atau para jemputan mestilah
menutup aurat serta tidak berhias dengan keterlaluan kecuali perhiasan yang
biasa dilihat.Terdapat beberapa upacara tertentu yang menimbulkan sedikit
kontroversi dalam adat persandingan ini. Antara upacara tersebut ialah upacara
menabur beras kunyit, membaca jampi mentera, berandam, berhias untuk dipamerkan
(tabarruj), mengadakan kenduri walimah secara besar-besaran, menjadikan wang
atau hadiah sebagai suatu kemestian, mas kahwin dan hantaran yang mahal, dan
lain-lain lagi. Upacara-upacara yang sedemikian rupalah yang menyebabkan adat
persandingan masyarakat Melayu ini dikaitkan dengan isu khurafat, tahyul serta
pembaziran. Oleh itu, upacara persandingan dalam masyarakat Melayu perlu
dijalankan berlandaskan lunas-lunas Islam agar ia tidak membawa kepada
kemurkaan Allah. Islam bukanlah seperti pendapat yang dilahirkanan oleh Niccolo
Macmeivili yang mengatakan konsep “niat menghalalkan cara”. Walaupun niat kita
mengadakan upacara persandingan dengan niat yang baik iaitu untuk meraikan
pasangan pengantin, namun sekiranya upacara itu dicemari oleh unsur-unsur yang
bertentangan dengan agama Islam, maka secara tidak langsung upacara tersebut
salah disisi agama.
“Niat yang baik tidak akan
menghalalkan yang haram” menurut Prof. Yusof Qardhawi di dalam bukunya Fatwa
Mu’asirat dan Halal & Haram fil Islam, halaman 36.
Selain dari itu, upacara
perkahwinan yang lazimnya dilakukan oleh masyarakat Melayu melibatkan
perbelanjaan yang banyak dan besar. Situasi ini sememangnya mendorong kepada
gejala pembaziran dalam masyarakat. Menurut Asma Farhana binti Anuar pelajar
tahun akhir jurusan Usuluddin Universiti Malaya (UM) kebanyakan orang Melayu
menganggap upacara walimah perlu dianjurkan secara besar-besaran kerana upacara
ini hanya dilangsungkan sekali dalam seumur hidup. Oleh itu, perkara ini pada
pandangan mereka tidak salah walaupun ia melibatkan isu pembaziran. Gejala ini
dari perspektif Islam sememangnya tidak dianjurkan. Hal ini kerana, selain
mewujudkan gejala pembaziran, gejala ini juga mampu memberikan pelbagai
implikasi yang negatif dalam kehidupan masyarakat. Contohnya sifat riak dan
takbur mungkin akan berleluasa dalam diri masyarakat. Pepatah Melayu yang berbunyi
“biar papa asal bergaya” sememangnya tidak sesuai dijadikan pendirian dalam
kehidupan kita. Islam merupakan agama yang mudah dan senang. Membicarakan isu
walimah daripada konteks Islam adalah mudah. Isu Islam sebagai agama yang mudah
dapat difahami berdasarkan hadis yang berbunyi : “Dari Abu Hurairah
r.a, katanya Nabi saw bersabda: “Sesungguhnya agama (Islam) itu ringan.
Barangsiapa memperberat-berat, maka dia akan dikalahkan oleh agama. Oleh kerana
itu, kerjakanlah (agama itu) menurut mestinya, atau mendekati mestinya, dan
gembiralah (kerana akan beroleh pahala), serta beribadatlah (mohonlah
pertolongan Allah) pada waktu pagi, petang dan sebahagian malam)” (Hadis
Riwayat Bukhari)Berdasarkan hadis ini, walimah daripada konteks Islam tidaklah
memberati para penganutnya dalam urusan pelaksanaannya. Islam menggalakkan
penganutnya untuk mengadakan walimah berdasarkan kemampuan. Walaubagaimanapun,
Islam begitu mencela perbuatan yang membazir dalam setiap perkara yang
dilakukan berdasarkan ayat Al-Quran:“Berikanlah kepada kaum-kerabat haknya
masing-masing dan kepada orang miskin dan orang musafir dan jangalah engkau
membazir(pemboros) dengan melampau (Surah Al-Isra:26)
Di samping itu, perbuatan andaman
yang berbentuk “li tadlis” mengabui atau merubah kecantikan yang sebenar juga
dilarang sama sekali dalam Islam malah ianya adalah haram. Antaranya yang
disebut oleh al-hadis: HR Muslim-Muslim dari Abdullah Ibn Mas’ud:
“Allah melaknat wanita yang
mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian;
wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka, wanita yang mengikir gigi
dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah.”
Menurut Abu Thohib bin Ahmat 70
tahun, amalan andaman yang mengarut dan salah disisi syariat islam seperti
menepung tawar dengan tujuan memelihara pasangan pengantin daripada gangguan
mahkluk halus, bercukur yang melibatan percukuran bulu pada bahagian anak
rambut, muka, leher dan tangan dengan tujuan untuk menaikkan seri muka,
melangir iaitu menyapukan bedak sejuk yang dibasuh dengan air ke bahagian badan
yang dicukur dan bermandi bunga dan limau dengan harapan untuk membuang sial
tidak lagi diamalkan sekarang. Walau bagaimanapun akhir-akhir ini telah timbul
satu fomonena baru dimana juru andam atau lebih dikenali sebagai mak andam yang
terdiri dari kaum lelaki lembut atau lebih glamour dipangggil ‘mak nyah’.
Hal ini jelas bertentangan dengan syariat Islam kerana aurat perempuan tidak
boleh dipertontonkan kepada orang yang bukan muhrim.
Berinai adalah salah satu amalan
semasa perkahwinan. Inai bagi perempuan dibolehkan kerana tiada larangan
dan wanita-wanita di zaman salaf berinai dan Nabi saw tidak menegahnya, malah
menyuruhnya, dari Aisyah ra :
”Nabi melihat tangan di
sebalik tirai dan berkata, apakah ini tangan lelaki atau perempuan, maka
dikatakan itu tangan perempuan, maka Nabi pun bersabda,” jika kamu seorang
perempuan, pasti kamu akan mengubah warna kuku kamu (dgn inai).” (Abu Daud,
4166) dan (an-Nasa’iy 5092)
Haji Mohd Yusof Abdul Ghani,
Hakim Syarie, Mahkamah Tinggi Pahang berkata ” memakai inai tidak salah selagi
ianya tidak dipakai untuk menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah “. Walau
bagaimanapun berinai dengan daun inai atau sebagainya, pada dua tangan dan
kaki, bagi kaum lelaki hukumnya adalah haram. Di antara dalil yang mengharamkan
lelaki berinai ialah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam
Muslim:
“Daripada Anas dia berkata: “Bahawa
Nabi saw melarang kaum lelaki memakai za’faran (kuma-kuma).” (Hadis
riwayat Bukhari dan Muslim)
Za’faran (kuma-kuma) adalah
sejenis daun tumbuh-tumbuhan yang mengeluarkan warna serta berbau harum.
Dilarang memakai za’faran (kuma-kuma) bagi lelaki adalah kerana warnanya bukan
baunya, kerana memakai benda yang harum bagi lelaki adalah disunatkan. Daun
inai itu sama seperti za’faran dari segi mengeluarkan warna dan bau. Pada
masa kini, majlis perkahwinan diserikan lagi dengan berbagai hiburan, hiburan di
dalam islam dibolehkan berdasarkan hadis
:”Dalam riwayat al-Bukhari
daripada Aisyah bahawa seorang wanita berkahwin dengan lelaki Ansar, maka
baginda bersabda: Wahai Aisyah! Mengapakah tiada bersama kamu hiburan? Orang
Ansar sukakan hiburan.
Dalam hadis yang bertaraf ‘hasan’
yang diriwayatkan oleh al-Nasai dan al-Tirmizi, baginda bersabda:
” Perbezaan antara yang halal
dan yang haram adalah kompang dan suara dalam perkahwinan. Maksudnya
perkahwinan yang halal dilakukan secara terbuka dan diisytiharkan. Berbeza
dengan perzinaan.”
Berdasarkan dalil-dalil ini,
dapatlah diketahui bahawa Islam tidak melarang bentuk hiburan. Hiburan dalam
Islam dilihat sebagai suatu keizinan untuk menenangkan diri dan menghiburkan
hati yang gundah-gulana. Dewasa ini, ramai juga yang mengundang kugiran atau
deejay untuk tujuan hiburan, seringkali hiburan itu berlebihan dan sampai
kepada peringkat melampau, bahkan yang lebih buruk lagi kadangkala terdapat
juga yang menganjurkan joget lambak dan ada pula yang mengundang “mak nyah”!
Hal ini jelas tidak sesuai dan haram.
Maka dengan itu, tiada sebarang
sebab upacara perkahwinan dilarang dalam Islam, namun pelaksanaannya sahaja
yang perlu berdasarkan lunas-lunas yang ditetapkan Islam.
Jelaslah, Islam bukan sesuatu
agama yang memberati para penganutnya dalam melayari arus kehidupan di dunia
ini. Islam secara mudahnya merupakan agama yang diwahyukan untuk semua jenis
manusia yang terdapat di atas muka bumi ini. Justeru itu, Islam tidak pernah
melarang sama sekali para penganutnya daripada mengamalkan kebudayaan dan
kesenian yang terdapat dalam setiap bangsa. Namun, perlu difahami bahawa setiap
amalan yang dipraktikkan itu perlu selaras dan selari dengan syariat Islam.
Begitu jugalah halnya dengan isu perkahwinan dalam masyarakat Melayu. Ia boleh
dilakukan dan diamalkan selagi ia tidak bertentangan dengan akidah dan syariat
Islam.
sumber: http://syikinyahya.wordpress.com
sumber: http://syikinyahya.wordpress.com

Gambar, Pra-Kahwin & Selepas Kahwin
Dr Zaharuddin Abd Rahman
SOALAN
Minta jasa baik Dr, untuk
menerangkan trend orang berkahwin masa kini yang biasanya membuat sesi pre-weddingatau
selepas kahwin. Bagaimana pula pendapatan atau upah bagi jurugambar yang
terbabit. Terima Kasih Dr.
JAWAPAN
Menurut hukum Islam, perkahwinan
sememangnya wajar dihebohkan dan digalakkan untuk menganjurkan majlis kenduri
kendara. Selain menyambut hari bahagia, ia juga sebagai iklan kepada
masayarakat berkenaan perkahwinan yang dibuat bagi mengelak salah tanggapan
terhadap pasangan di kemudian hari. Hukum kenduri kahwin dan menghebahkannya
ialah sunat sahaja sebagaimana sabda baginda yang bermaksud:
"Adakanlah kenduri kahwin
walaupun hanya dengan seekor kambing."
Pun begitu, diakui bahawa hari
ini susah semakin merebak trend menggunakan khidmat jurugambar professional
atau separa professional untuk aktiviti bergambar sebagai kenangan perlu
diteliti hukumnya.
Ringkasnya begini:-
1. Hukum bergambar secara umum :
ia adalah harus dan tertakluk kepada jenis gamabr yang diambil. Demikian fatwa
majoriti ulama kontemporari termasuk Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradawi.
2. Bergambar selepas
bernikah
Ia bergantung kepada beberapa
keadaan seperti berikut :-
a- Pakaian yang dipakai
oleh pihak pengantin : Sekiranya pakaiannya mendedahkan aurat secara jelas atau
sipi-sipi terdedah. Penggambaran itu adalah DIHARAMKAN jika diambil oleh
jurugambar bukan mahram kedua-dua pengantin. Jika diambil oleh mahram
kedua-duanya, maka tidaklah mengapa dengan syarat gambar yang dipetik tidak
disiarkan kepada awam sama ada di flicker, facebook, youtube, blog atau
lainnya. Ia hanya untuk kenangan peribadi sahaja.
Berhias (tabarruj) dengan
menampakkan aurat dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang ramai adalah
dilarang. Firman Allah yang bermaksud: Dan janganlah kamu
bersolek(berhias) seperti mana wanita jahiliyah berhias."Janganlah kamu
bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu." (Al-Ahzab: 33)
b- Pakaian menutup aurat
namun dengan aksi peluk memeluk, cium mencium dan lain-lain aksi yang agak
boleh mengghairahkan: Ia juga haram sekiranya jurugambar bukan mahram khususnya
bagi pengantin wanita.
c- Pakaian menutup aurat dengan
sempurna cuma bersolek dan berhias menarik dengan jurugambar asing atau bukan
mahram. Dalam konteks ini, saya berpandangan, hukumnya adalah DIBENARKAN dengan
syarat tiada aksi intim ditayangkan di hadapan jurugambar. Gambar juga
DIBENARKAN untuk disebarkan kepada rakan taulan secara berpatutan sekadar
member maklum perkahwinan telah dilangsungkan.
Adapun, jika timbul perasaan
riya’, berbangga dengan pakaian yang dipakai dan majlis yang dianjurkan, itu
merupakan dosa berasingan yang dilakukan oleh pasangan. Itu tidaklah menjadikan
seluruh majlis dan aktiviti bergambar itu sebagai haram. Ia dianggap sebagai haram
lighairihi jika berlaku.
Justeru, jika ada pasangan yang
merasakan persiapan dan pakaian mereka terlalu mahal dan secara logiknya akan
mengundang perasaan cemburu berlebihan di kalangan awam yang melihat, sebaiknya
gambar yang terpapar diminimakan dari sebarang hebahan awam bagi menjaga hati
sendiri dan orang lain yang akan melihat.
1. Bergambar sebelum bernikah
(pre-wedding)
Ia juga bergantung kepada keadaan
seperti berikut :-
a. Pakaian menutup aurat
dengan sempurna dan pasangan diambil gambar mereka TANPA bersentuh atau TANPA lain-lain
aksi yang boleh mengghairahkan seperti berbaring, berpelukan, berpegangan
tangan atau lain-lain aksi yang khas untuk suami isteri yang sah sahaja. Dalam
keadaan sebegini hukumnya di antara MAKRUH dan HARAM kerana dibimbangi nafsu
masing-masing sukar dikawal apabila berada secara berdekatan, lalu ia boleh
sahaja termasuk di dalam kategori “mendekati zina”. Justeru, ia sangat elok
untuk dijauhi kerana keperluannya amat kurang dan hampir tidak diperlukan malah
boleh jatuh di dalam kes pembaziran. Firman Allah yang bermaksud: “Dan
janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau”.(Surah
al-Isra’ 26)
Imam al-Jurjani mengatakan bahawa
al-Israf ialah mengeluarkan harta lebih daripada perkara yang
diperlukan.Manakala al-Tabzir pula ialah mengeluarkan harta bukan kepada
perkara yang diperlukan (perkara maksiat).
b. Pakaian tidak menutup aurat
atau dengan aksi bak suami isteri : Ia adalah HARAM tanpa sebarang keraguan
lagi. Ini juga fatwa yang telah dikeluarkan oleh Majlis Ulama Indonesia yang
mana petikan beritanya berbunyi :
Foto pra-perkahwinan pasangan
pengantin baru Islam yang merakamkan aksi intim sebelum majlis akad nikah,
dikategorikan sebagai budaya haram di sisi Islam.
Kelaziman bakal pengantin
beragama Islam merakamkan foto secara intim termasuk berpelukan dan berbaring
di atas katil sebelum sah bergelar suami isteri daripada segi hukum adalah
bertentangan dengan ajaran Islam.
Sehubungan itu, Institut
Kebudayaan Melayu Jambi mengeluarkan kenyataan bahawa budaya berkenaan harus
dicegah seiring dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI)
berhubung isu yang sama.
Menurut pengerusi bahagian
kajian dan pembangunan institut berkenaan, Djunaidi T. Noer, amalan merakamkan
foto pra-perkahwinan bukanlah budaya masyarakat Jambi dan tersasar daripada
hukum Syariah.
"Kami menyeru agar semua
pasangan yang bertunang dan pengantin beragama Islam supaya tidak merakamkan
foto pra-perkahwinan seperti berpeluk, berbaring antara satu sama lain di katil
dan sebagainya. Ia merupakan haram," tegas Djunaidi seperti dilaporkan
akhbar The Jakarta Post, hari ini.
UPAH JURUGAMBAR
Mankala upah jurugambar semuanya
tertakluk kepada hukum yang disebut di atas tadi, Jelasnya ia menjadi HARAM
jika gambar intim lagi mesra pasangan dalam keadaan pre-wedding.
Boleh pula menjadi halal lagi
DIBENARKAN jika jurugambar adalah mahram pengantin perempuan khususnya.
Juga upahnya menjadi HARAM jika
pengantin tidak menutup aurat, dan dibantu untuk memetik gambar mereka dan
dihias menggunakan teknik fotografi yang canggih bagi mencantikan hasilan foto.
Semua itu dikira bersubahat dalam perkara dosa dan maksiat yang ditegah oleh
Allah SWT. Pendapatan sedemikian adalah TIDAK BERSIH lagi haram.
Boleh menjadi HARUS walau
jurugambar bukan mahram tapi gambar diambil selepas pernikahan dan menutup
aurat dengan sempurna serta tiada aksi yang boleh kebiasaan boleh merangsang
nafsu biasa lelaki.
Sekian
Dr Zaharuddin Abd Rahman
2 Mac 2012

Keberkatan walimatul urus
Sudah menjadi satu rutin bagi
kita masyarakat malaysia bila hampir sahaja musim cuti persekolahan pasti
berderet-deret kad undangan walimatul urus yang diterima, kadang-kadang dalam
satu hari ada dua atau tiga undangan yang perlu dihadiri. Sememangnya sebagaimana
yang kita ketahui Perkahwinan itu adalah Sunnah, Dengan adanya ikatan
perkahwinan, jiwa menjadi tenang dan tenteram, mendapat keturunan yang halal
lagi sistematik, sekali gus ikatan perkahwinan juga dapat mengawal diri
daripada berlakunya pelbagai bentuk penzinaan, homoseksual, pelacuran dan
sebagainya.
Memang terdapat banyak hikmah
dalam perkahwinan antaranya adalah mampu menjaga kehormatan diri, untuk
mengekalkan dan meneruskan zuriat manusia di muka bumi ini dan seterusnya
meramaikan manusia dan supaya manusia itu dapat hidup berbahagia dengan saling
berkasih sayang dan cinta-mencintai.
Sebagaimana firman Allah swt yang
bermaksud:
“Dan diantara tanda-tanda yang
membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu
(wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu
bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya diantara kamu
(suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang
demikian itu mengandungi keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang
yang berfikir.” –(Surah Ar-Rum:21)
Bila disebutkan tentang
perkahwinan maka tak lengkap rasanya kalau tidak diikuti dengan kendurinya,
tapi tahukah kita mengadakan kenduri kahwin bagi meraikan pasangan pengantin
yang telah dinikahkan dengan mengadakan jamuan makan kepada orang ramai,
khususnya kepada saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handai apa hukumnya?
Kenduri untuk pernikahan sepasang pengantin ini merupakan anjuran dan sunnah
Rasulullah SAW. Hukumnya adalah sunat muakkad (sangat dituntut). Hal ini adalah
sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas .a katanya :
“Ketika tiba waktu pagi hari
setelah Nabi SAW menjadi seorang pengantin dengan Zainab ibn Juhsy, baginda
mengundang orang ramai, lalu mereka dijamu dengan makanan dan setelah itu
mereka pun bersurai.” – (Riwayat al-Bukhari)
Dari Anas bin Malik ra menyebut
bahawa Rasulullah SAW telah melihat di kepala Abdul Rahman bin Auf kesan
kuning, lalu baginda bertanya ;
Kesan apakah ini?
Abdul Rahman menjawab;
Wahai Rasulullah aku telah
berkahwin dengan seorang perempuan bermaskahwinkan satu nawah iaitu timbangan
sebanyak lima dirham emas.
Sabda Rasulullah;
Buatlah kenduri walaupun
dengan seekor kambing.
Majlis perkahwinan yang
dikehendaki oleh syarak sangat mudah dan tidak menyusahkan. Oleh itu
perkahwinan yang baik ialah yang ringan perbelanjaannya, yang tidak
memberatkan, tidak bermewah-mewah dan tidak melebihi batas-batas yang
diperlukan, serta tidak membawa kepada pembaziran kerana pembaziran itu
bertentangan dengan hukum syarak. Sebenarnya mengadakan majlis perkahwinan
sehingga terpaksa menanggung beban hutang tidaklah digalakkan oleh agama,
cukupla dengan sekadar yang termampu sahaja. Kerana Antara hikmah Islam
menggalakkan supaya diadakan kenduri kahwin adalah untuk :
• Melahirkan rasa kesyukuran
kepada Allah kerana dapat mendirikan rumah tangga.
• Melahirkan rasa kegembiraan
atas ikatan perkahwinan.
• Mengisytiharkan kepada orang
ramai bahawa pasangan telah menjadi suami isteri yang sah.
• Memberi peluang kepada para tetamu
bersuai kenal di samping merapatkan hubungan silaturrahim.
Maka disini jelas kepada kita
digalakkan agar mengadakan perkahwinan secara sederhana yangmana ianya tidak
membawa kepada pembaziran. Sesungguhnya membazir itu adalah amalan syaitan.
Masyarakat kita pada hari ini kebanyakannya mengadakan kenduri kahwin sampai
terpaksa berhutang. Itulah amalan masyarakat kita hari ini yang lebih
mementingkan adat dari sunnah Nabi sendiri.
Sebaiknya laksanakanlah walimah
atau kenduri kahwin sekadar yang termampu sahaja. Apa yang penting ia dilakukan
dengan niat yang ikhlas selain untuk memanjatkan kesyukuran tanpa mengharapkan
apa-apa balasan. Bukan kerana menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah. Mudah-mudahan
majlis yang diadakan dilimpahi berkat dan keredhaan ALLAH SWT. Kenduri yang
berkat itu amat penting , sama pentingnya akad nikah mengesahkan ikatan suami
isteri.
Apalah gunanya jika wang
dihabiskan untuk majlis besar-besaran tapi jauh daripada keberkatan Allah
sehingga pengantin terpaksa berhutang dan meminjam. Hal ini memberi implikasi
dalam melaksanakan tanggungjawab suami isteri dan membina keluarga bahagia.
Justeru, laksanakanlah walimah berlandaskan sunnah, semoga perkahwinan
diberkati ALLAH SWT. InsyaAllah.
Sumber: http://www.ukhwah.com/

Pemakaian inai bagi lelaki
Di dalam kemeriahan meraikan pasangan pengantin, ramai di antara kita yang tidak mengambil inisiatif mempelajari hukum hakam agama (fiqh) mengenai perkara-perkara yang akan dilakukannya sehingga tidak menyedari sesetengah perkara yang dilakukan itu adalah haram dari sudut agama. Contoh perkara-perkara yang dilarang syarak adalah seperti bersanding di hadapan bukan muhrim, berhias-hias melampau batasan (tabarruj) serta berlebih-lebihan di dalam menyediakan makanan pada majlis walimah.
Jumhur ulama' menyatakan haram bagi lelaki memakai inai atau mewarnakan jari atau tangan kerana ia adalah khusus bagi para wanita sahaja.
Dikatakan Imam Ahmad berkata tidak dibenarkan untuk inai di bahagian kepala lelaki dan perempuan. Imam Syafi'e pula tidak membenarkan lelaki memakai inai pada tangan dan kaki kerana menyerupai perempuan kecuali jika untuk tujuan perubatan atau darurat. Imam Nawawi pula di dalam fatwa al-Majmu' berpendapat lelaki diharamkan inai pada tangan dan kaki kecuali pada rambut. Manakala mazhab Hanafi dan Maliki pula mengharamkan inai kepada lelaki dan perempuan kerana ia adalah sama seperti wangian berdasarkan hadith:Diriwayatkan daripada Khawlah Bint Hakim daripada ibunya bahawa Rasulullah SAW memberitahu kepada Umm Salamah, jangan sebarang wangian ketika kamu berada dlm ihram. Juga pada henna kerana ia juga adalah wangian. [Diriwayatkan oleh At-Tabarani dalam Al-Kabir, Al-Baihaqi dalam Al-Ma،اrifah, dan Ibn Abdil Barr di dalam At-tamheed]

Salah faham tentang pertunangan
“Eh, betul ke ko dah bertunang,
bila?” Tanya Ali tiba-tiba, dengar dari mulut orang barangkali.
“Aah, baru je kelmarin aku
bertunang” Jawab Abu tanpa berselindung.
“Ko serius ke ni, tak ada majlis
apa-apa pun aku tengok kat rumah hang” Tanya Ali lagi.
“Iye, aku serius la ni, ingat ini
perkara main-main ke, meh aku terangkan bertunang dalam konsep agama macam
mana, selalu kita hanya tahu adat, jadi agama lebih tinggi daripada adat taw”
Jawab Abu tenang.
Bukan main berkerut lagi Ali
mendengar yang kawannya sudah bertunang.
Peminangan
Apabila seorang lelaki
benar-benar tertarik dengan sifat dan akhlak baik seorang wanita serta timbul
keinginannya untuk berkahwin, maka tibalah masanya untuk meminang.
Meminang bermaksud seseorang
lelaki menyatakan hasratnya untuk berkahwin kepada wanita yang ingin
dikahwininya.
Bilakah pinangan dihalalkan
dan bila pula yang diharamkan
1. Meminang dihalalkan
secara tasrih (terus terang) atau ta’rid (kiasan) jika perempuan itu bukan
isteri orang, tidak berada dalam idah dan bukan perempuan yang haram dikahwini.
2. Ta’rid (kiasan) hanya
dibolehkan jika perempuan yang ingin dipinang berada dalam idah kematian suami
atau idah disebabkan talak bain.
3. Diharamkan meminang
secara tasrih atau ta’rid selain dari dua keadaan di atas.
Oleh itu haram meminang perempuan
yang masih dalam talak raj’ie (talak yang masih boleh
dirujuk) sama ada secara tasrih atau ta’rid kerana
dia masih lagi bergelar isteri dan suaminya berhak untuk rujuk kembali
kepadanya.
Makna pinangan secara tasrih ialah
lafaz yang hanya mempunyai satu tafsiran sahaja iaitu keinginannya untuk
berkahwin. Contohnya seperti ‘aku ingin mengahwini kamu’ atau
‘selepas habis iddahmu, aku akan mengahwinimu’.
Makna pinangan secara ta’rid ialah
lafaz yang boleh ditafsirkan dengan pelbagai tafsiran; sama ada keinginan untuk
berkahwin atau sebaliknya seperti ‘awak cantik’ atau ‘ramai
orang sukakan awak’ atau seumpamanya.
Hukum meminang perempuan
yang telah dipinang
Haram meminang perempuan yang
telah dipinang oleh orang lain sekiranya pinangan sudah diterima oleh
perempuan. Jika lelaki pertama tadi membenarkan kepada lelaki lain untuk
bertunang dengan tunangnya, maka ia dibolehkan.
Dalil haram berdasarkan hadis
nabi saw yang sahih diriwayatkan oleh Bukhari:
“Seseorang lelaki tidak boleh
meminang seorang perempuan yang telah dipinang oleh saudaranya (saudara
seIslam) sehinggalah dia meninggalkannya (membatalkan pinangannya) atau dia
mengizinkan peminangan itu”.
Salah faham ketika
bertunang
1. Dalam adat Melayu,
apabila lelaki meminang perempuan yang sudah menjadi pilihannya, maka akan
diadakan majlis pertunangan iaitu seperti kedua-dua belah pihak keluarga akan
bertemu antara satu sama lain dan majlis pertukaran cincin sebagai tanda
pertunangan. Ia tidak digalakkan di dalam Islam kerana ia banyak membawa kepada
pembaziran, walau bagaimanapun adat tersebut masih boleh dipakai, tetapi lebih
afdhal jika kita meletakkan agama di atas berbanding adat.
Di dalam Islam tidak perlu
begitu, cukup sahaja lelaki menyatakan hasrat kepada perempuan yang menjadi
pilihannya iaitu ‘aku ingin mengahwini kamu’, dan perempuan tersebut sedia
menerima pinangan si lelaki.
2. Peminangan boleh berlaku
sama ada persetujuan daripada pihak perempuan dengan berhubung si
perempuan secara langsung atau pun berhubung dengan keluarga perempuan melalui
orang tengah. Sekiranya ingin berhubung dengan si perempuan secara terus, maka
ia dibolehkan dengan syarat si perempuan tersebut bijak dan boleh menguruskan
dirinya sendiri (18 tahun ke atas mengikut uruf umum sekarang).
Tetapi sekiranya si perempuan itu
dungu atau masih belum habis sekolah lagi, maka dia hendaklah mendapat
persetujuan daripada ibu bapanya terlebih dahulu. Takut-takut tersilap dalam
membuat pemilihan.
3. Di dalam bertunang Islam
memberi kelonggaran sedikit kepada lelaki dan perempuan untuk berkomunikasi,
tetapi selain daripada itu iaitu dalam konteks berkawan contohnya, Islam
melarang lelaki dan perempuan berkomunikasi kecuali jika mempunyai sebab-sebab
yang diizinkan oleh syara’.
Walaupun Islam memberi
kelonggaran sedikit kepada lelaki dan perempuan semasa tempoh bertunang untuk
kenal hati budi masing-masing, Islam masih lagi melarang pasangan tunang untuk
keluar berdua tanpa ditemani oleh mahram.
4. Walaupun Islam memberi
sedikit kelonggaran kepada pasangan tunang untuk berkomunikasi, mereka juga
harus menjaga komunikasi mereka dengan baik seperti tidak membicarakan perkara
yang lucah, perkara yang membawa kepada maksiat, perkara yang membuang masa dan
tidak bermanfaat.
Jika mereka membicarakan perkara
melibatkan agama seperti tazkirah, saling menasihati, saling memberi dorongan
dan sokongan yang positif dan banyak lagi. Maka ia sangat-sangat digalakkan
dalam persediaan ke alam rumah tangga.
5. Tidak memikirkan
perkara-perkara yang negatif. Ini adalah perkara yang sangat penting dalam
menjaga keharmonian ketika fatrah bertunang. Masing-masing tahu menjaga
tanggungjawab diri sendiri, sebagai contoh yang saya boleh katakan jika salah
seorang tidak menjaga amanah dan tidak bertanggungjawab, mungkin si lelaki atau
si perempuan bermain kayu tiga atau sebagainya, maka mereka akan lebih banyak
membuang masa dengan bergaduh dan risau terhadap pasangan tunang.
Bukankah ini telah merosakkan
hati dan keharmonian dalam fatrah bertunang, banyak membuang masa dalam
memikirkan hal yang remeh temeh. Sepatutnya masa itu sangat-sangat penting
dalam membuat persediaan seperti melengkapkan diri dengan disiplin ilmu agama
dan amalan. Sebab itulah agama sangat menggalakkan agar calon yang ingin
berkahwin mencari pasangan yang faham agama dan baik akhlaknya.
6. Minta putus jika
pasangan tunang tidak elok budi pekertinya. Perkara ini sangat penting dalam
fatrah pertunangan. Berapa ramai orang yang tahu mengenai budi pekerti
tunangnya yang buruk, tetapi mereka membiarkan sahaja tanpa membuat apa-apa
keputusan.
Sepatutnya mereka boleh minta
putus agar tidak menyesal di kemudian hari. Contohnya seperti tunang yang panas
baran yang tahunya hendak memukul, tunang yang selalu tinggal solat, tunang
yang tidak mahu memahami agama walaupun sudah dinasihati berkali-kali, tunang
yang suka dengan maksiat, mengajak kita keluar berdua-duaan serta mengambil
kesempatan, dan banyak lagi. Maka di sini kita perlu ambil perhatian yang
sangat serius.
Kesimpulan
Mencari tunang yang soleh/solehah
sudah menjadi kemestian kepada pasangan calon yang ingin berkahwin, Kerana
perkara ini akan membawa kesan yang sangat besar selepas bergelar isteri atau
suami kelak seperti hadis Nabi saw yang bermaksud:
“Apabila orang yang kamu redha
agama dan akhlaknya datang meminang, hendaklah kamu mengahwinkannya. Sekira
kamu tidak melakukannya, nescaya akan timbul fitnah dan kerosakan di atas muka
bumi” (Riwayat Tirmizi)
“Dunia adalah bahan
keseronokan dan sebaik-baik keseronokan dunia ialah perempuan yang solehah”
(Riwayat Muslim)
Kebenaran hadis ini kita telah
lihat keadaan dunia pada zaman kini, berapa ramai manusia yang memilih calon
suami atau isteri berdasarkan nafsu dan tidak meletakkan agama serta akhlak
sebagai yang utama. Maka kita sudah lihat kerosakan di sana-sini akibat dari
kesilapan yang telah dilakukan. Keluarga yang di bina menjadi porak peranda.
Contohnya, tiada kebahagiaan
dalam rumah tangga kerana hilang keberkatan, anak-anak yang bakal dilahirkan
menjadi jahat, masing-masing suka bergaduh, keluarga yang suka kan maksiat dan
pelbagai lagi masalah keluarga jika hendak disenaraikan akibat kita tidak
menjaganya dari awal.
Maka di sini, Islam sangat
menjaga kemaslahatan ummah iaitu dengan menjaga keharmonian rumah tangga
semenjak dari pemilihan calon dari awal. Kita sudah sedia maklum bahawa tujuan
perkahwinan adalah untuk menyahut seruan fitrah manusia. Setiap manusia
inginkan kebahagiaan dan ketenangan dalam rumah tangga seperti firman Allah swt
yang bermaksud:
“Dan di antara-antara
tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya bahawa dia menciptakan
untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya
kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, kasih sayang dan belas kasihan”.
Arrum ayat 21.
Lagi firman Allah swt yang
bermaksud:
“Mereka (isteri-isteri kamu)
adalah pakaian bagi kamu dan kamu adalah pakaian bagi mereka”. Al-baqaroh ayat
117.
Ayat di atas mengibaratkan suami
isteri sebagai pakaian bagi pasangannya, kerana masing-masing saling melindungi
pasangannya. Sekiranya kita memilih pasangan yang buruk akhlaknya, sudah pasti
dia bukan pelindung yang baik, malah menjadikan kita sebagai mangsa
kezalimannya.
Wallahu a’lam.

Berkapel & Displin Dalam Bertunang
Soalan
Saya telah berkenalan dengan
seorang pemuda yang alim dan warak orangnya. Dia banyak memberi nasihat dan
panduan agama kepada saya. Sejak berkenalan dengannya, saya telah banyak
berubah. Saya mengikuti nasihatnya agar menutup aurat dengan sempurna dan tidak
meninggalkan solat lima waktu. Saya dapat rasakan ada perasaan indah yang
timbul dalam hati sanubari saya terhadapnya. Saya selalu berangan-angan agar
dapat bersamanya sebagai suami isteri suatu hari nanti. Ustaz, apakah yang saya
lakukan ini dalam keredaan Allah? Tidakkah saya berubah kerana pemuda tersebut,
bukan sepenuhnya kerana Allah SWT? Bagaimana untuk memastikan agar saya
sentiasa berada dilandasan yang betul?
Terima kasih atas kesudian ustaz menjawab persoalan ini
Terima kasih atas kesudian ustaz menjawab persoalan ini
Jawapan
Tahniah, kerana bertemu dengan
pemuda yang alim dan warak. Dalam hal yang melibatkan hubungan lelaki dan
wanita, Islam cukup teliti dan sering dituduh sebagai ‘konservatif' dari
kacamata barat. Hakikatnya, Allah maha bijaksana dan amat mengetahui baik dan
buruk untuk manusia di dunia dan akhirat.
Justeru, jika dilihat dari apa
yang telah meresapi hati saudari, bolehlah di katakan saudari sudah ‘jatuh
hati' kepada si pemuda tadi serta memasang niat baik untuk mempersuamikannya.
Sebagai manusia biasa, ia sememangnya satu niat dan perasan yang sukar di
tolak. Bagaimanapun, saudari perlulah mengawal semua batasan perhubungan dengan
pemuda tadi bagi mendapat keredhaan Allah. Tindakan berikut perlulah saudari
lakukan :-
1) Meluahkan hasrat secara berselindung tetapi boleh di fahami kepada pemuda tadi untuk membina "rumahtangga" bersama. Ia berdasarkan tindakan Khadijah yang menggunakan orang tengah, dan juga seorang wanita lain yang tanpa segan silu menyatakan hasratnya kepada baginda SAW. Imam Al-Bukhari di dalam sohihnya meletakkan satu bab bertajuk " Wanita mendedahkan / menawarkan dirinya kepada lelaki Soleh" (Rujuk Kitab Nikah); juga terdapat satu riwayat bahawa Anas r.a berkata di sisi anak perempuannya :
Ertinya : "telah datang
seorang wanita kepada Rasulullah SAW lalu menawarkan dirinya (untuk menjadi
isteri baginda) ; berkatalah wanita itu : " Adakah dikau punyai hajat
kepadaku? " ; maka anak perempuan Anas menyampuk : " Alangkah
kurangnya malu si wanita itu dan amat malunya perbuatannya " ; maka Anas
menjawab : " Dia lebih baik darimu, ia berkehendakkan Nabi SAW lalu
menawarkan dirinya kepada baginda SAW" ( Sohih Al-Bukhari, 7/17 ).
Imam Ibn Hajar menegaskan tiada
catatnya wanita menawarkan dirinya untuk menjadi isteri kepada seorang lelaki (
Fath al-Bari, 9/175 ).
Justeru, jangan terlalu
terpengaruh kononnya orang wanita tidak boleh melamar si pemuda yang baik lagi
warak. Teruskan hasrat dan jangan bertangguh dalam melakukan hal yang baik.
Malah Khawlah bt Hakim adalah dari kalangan wanita yang menawarkan dirinya kepada
Nabi SAW ( Sohih al-Bukhari, 7/15)
2) Saudari diizinkan untuk
menjemput pemuda itu ke rumah saudari bagi memperkenalkannya kepada kedua Ibu
bapa saudari. Syaratnya, mestilah dengan kewujudan ibu bapa atau ‘wali' lain di
dalam majlis itu. Saudari dibenarkan untuk berada bersama di ruang tamu (dengan
menutup aurat lengkap) dan tidak perlulah bersembunyi di dalam bilik. Ia
berdasarkan hadith-hadith yang mengizinkan lelaki dan wanita yang berniat untuk
kahwin, bagi mengenali dengan lebih dekat bakal pasangan masing-masing.
Antaranya dalilnya : "telah
datang kepada Nabi SAW seorang lelaki lalu menceritakan bahawa ia ingin
memperisterikan seorang wanita Ansar, maka Nabi bersabda : "Adakah kamu
telah melihatnya? : "Belum jawabnya" ; Nabi menjawab :
Ertinya : "Pergilah kamu
melihatnya kerana di mata wanita Ansar ada sesuatu (tanda)" ( Riwayat
Muslim).
Juga pesan Nabi kepada Mughirah
bin Syu'bah selepas mengetahui ia ingin meminang seorang wanita : "
Pergilah melihatnya, sesungguhnya ia lebih menjamin berkekalannya - bagi
menilai kesesuaian- (perkahwinan) kamu berdua" ( Riwayat Ahmad,
At-Tirmidzi, Ibn Hibban ; Hasan menurut At-Tirmidzi no 1087, cet Maktabah
al-Ma'arif ; Sohih menurut Albani ).
Perlu diingat bahawa melihat
bukan hanya dengan mata, tetapi ia juga membawa maksud suatu meninjau sikap,
budi bahasa, cara hidup dan apa-apa info yang dapat menambahkan ketepatan
pemilihan pasangan (kecuali yang HARAM dibuat dan dilihat). (Fiqh as-sunnah,
Sayyid Sabiq, 2/23 dengan tambahan, Nizom al-Usrah, Dr Muhd ‘Uqlah, 1/206)
3) Jangan bertangguh atau
berhubung tanpa ikatan sah terlampau lama, ( Nizom al-Usrah, 1/216) kerana ia
amat mudah membawa keapda yang haram. Perihal berangan-angan saudari tadi juga
bukanlah sesuatu yang baik untuk diteruskan. Nabi SAW menyatakan :
Ertinya : " Tidak dilihat
(penyelesaian) bagi dua orang yang cinta-mencintai kecuali NIKAH " (
Riwayat Ibn Majah, al-Hakim, sohih menurut al-Hakim, As-Suyuti , Al-Jami'
As-Soghir, no 7361, 4/397 cet Jahabersa).
Syeikh Al-Munawi menegaskan ubat
yang terbaik bagi pasangan yang sedang asyik bercinta dan kasih adalah Nikah (
Faidhul Qadir, 5/294)
4) Jangan menghebahkan kepada
awam sekali mana belum di ijab kabulkan, kerana ikatan ‘janji untuk berkahwin'
boleh membawa fitnah dengan mudah. Ia juga boleh terungkai dengan beberapa
cabaran semasa pertunangan. ( Nizom al-Usrah Fil Islam, 1/214)
5) Jangan bertemu berdua-duaan di
luar, sama ada di tempat terbuka atau tertutup, kecuali diiringi mahram lelaki
yang telah dewasa dan mampu menilai baik buruk menurut Islam. Saya nyatakan
begini kerana ramai juga mahram lelaki yang ‘merapu' dan tidak langsung punyai
ilmu tentang batas hubungan lelaki wanita menurut Islam. Kehadiran orang
seperti ini, akan membiarkan maksiat berlaku di antara dua insan tadi, oleh itu
individu sepertinya tidak mencukupi syarat yang ditetapkan Islam.
6) Mengurangkan komunikasi yang
tidak berkenaan, serta mengawal isi kandungan perbincangan dari yang membawa
syahwat. Mengetahui hati budi bakal pasangan menggunakan alatan media
elektronik seperti email, surat dan sms lebih baik dari bercakap dalam banyak
keadaan (kerana mendengar suara mudah menaikkan syahwat). Bagaimanapun, saya
tidak menafikan email, surat dan sms juga boleh menaikkan syahwat, tetapi saya
kira secara ‘verbal' lebih mudah.
7) Kerana perbicaraan adalah
panjang dan dalil amat banyak, ringkasan perkara perlu ( semuanya menurut dalil
al-Quran & Al-hadith) dijaga seperti berikut :-
- Haram bersentuh, menyentuh satu sama lain.
- Haram ber"dating" dan berkapel tanpa
disertai mahram yang thiqah.
- Haram berbicara dan bersembang dengan syahwat sama
ada sms, phone, chat, mesengger.
- Awas fitnah masyarakat sekeliling.
- Awas fitnah dalam diri anda dan pasangan.
- Haram melihat kepada aurat masing-masing.
- Awas daripada bertukar gambar.
- Awas daripada hebahan umum sebelum di ijab kabul.
Ingatlah wahai anak-anak muda
sekalian, sebarang perilaku 'ringan-ringan' dan dosa yag dikerjakan dalam
hubungan sewaktu pertunangan boleh memberikan serba ringkas gambaran bagaimana
tingkah laku pasangan selepas berkahwin. Jika semasa berpacaran dia suka
meraba-raba, demikian jugalah dia apabila sudah berkahwin kelak (kecuali
sesudah dia bertaubat sebenar-benar taubat). Malangnya bukan dengan isteri atau
suaminya selaku pasangannya yang halal, tetapi dengan individu lain sebagaimana
tergamak dia melakukannya dengan isteri dan suaminya sebelum mereka kahwin.
Sekian, Wallahu'alam.
Ust Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
15 Disember 2006

Syarat -syarat peminangan
MEMINANG adalah permintaan
lelaki terhadap perempuan untuk dijadikan isteri. Sebelum urusan peminangan
dilakukan ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi supaya tidak menyalahi apa
yang ditetapkan Islam dan memudahkan tercapai tujuannya.”
Firman Allah di dalam surah
Al-Furqan yang bermaksud :
Dan juga mereka (yang
diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai
Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami:
perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan
bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.
Syarat Pertama: Perempuan hendak dipinang bukan menjadi isteri
kepada lelaki lain.
Lelaki yang menjalin hubungan
dengan isteri orang sering menyatakan kesediaan untuk mengambil ‘kekasihnya’
sebagai isteri jika diceraikan oleh suaminya. Kenyataan itu juga bermaksud
‘meminang’.
Peminangan itu akan mendorong
perempuan meminta cerai daripada suaminya sebagai jalan untuknya berkahwin
dengan kekasihnya. Sesungguhnya perceraian amat ditegah oleh Islam.
Adalah menjadi satu kesalahan
besar mana-mana isteri meminta cerai daripada suami tanpa apa-apa kesalahan
dilakukan oleh suami. Sabda Rasulullah bermaksud: “Mana-mana perempuan
yang meminta suaminya menjatuhkan talak tanpa apa-apa kesalahan, maka haramlah
ke atasnya bau syurga.”
Perempuan yang masih bergelar
isteri, haram dipinang oleh mana-mana lelaki lain kerana dia menjadi hak mutlak
suaminya. Seorang isteri hanya putus hubungan dengan suami selepas dia
diceraikan atau bercerai mati dan tamat edahnya.
Islam amat mementingkan hubungan
suami isteri yang baik sepanjang masa. Jadi, isteri ditegah sama sekali menaruh
minat kepada lelaki lain. Lelaki pula diharamkan menaruh minat kepada mana-mana
perempuan yang masih bergelar isteri bagi mengelakkan perkara buruk.
Syarat Kedua: Perempuan yang hendak dipinang bukan tunangan lelaki
lain.
Larangan lelaki meminang
perempuan menjadi tunangan lelaki lain dinyatakan melalui sabda Rasulullah
bermaksud: “Seorang Mukmin adalah saudara bagi Mukmin yang lain.
Oleh itu tidak halal dia membeli pembelian saudaranya, dan tidak halal pula dia
meminang pinangan saudaranya itu.” (Hadis riwayat Muslim).
Sesungguhnya seperti mana
perempuan yang berkahwin, perempuan yang menjadi tunangan orang juga pasti
tidak akan dilakukan peminangan oleh keluarga secara rasmi. Apa yang sering
berlaku ialah masih ada lelaki menaruh minat terhadap perempuan yang sudah
bertunang.
Alasan bahawa ikatan pertunangan
boleh diputuskan bila-bila masa saja sering dijadikan alasan oleh lelaki yang
ingin merampas tunangan orang. Bahkan, perempuan yang bertunang juga mudah
terpikat kepada lelaki lain kerana ikatan pertunangan sekadar satu janji dan
bukannya rugi apa-apa jika diputuskan.
Tambahan pula, ada ikatan
pertunangan yang sebenarnya tidak disukai oleh perempuan berkenaan. Pertunangan
itu sebenarnya di atas kehendak keluarga.
Jadi, jika ada lelaki lain ingin
memikatnya atau kekasih pilihan, maka memberi semangat untuk memutuskan
pertunangan.
Perbuatan meminang atau menjalin
hubungan dengan perempuan yang telah bertunang samalah seperti merampas hak
orang lain. Sifat sedemikian boleh menyebabkan perbalahan di antara lelaki yang
saling ingin memiliki perempuan yang sama.
Islam amat mementingkan hubungan
persaudaraan. Maka sesiapa yang memutuskan persaudaraan amat dicela sifatnya.
Sesungguhnya ditegaskan tidak beriman seseorang itu sehingga dia kasih
saudaranya sebagaimana dia mengasihi diri sendiri.
Bagaimanapun, perempuan yang
sudah bertunang boleh dipinang setelah ikatan pertunangan dibatalkan oleh pihak
lelaki. Perkara itu mungkin juga berlaku di atas permintaan pihak perempuan dan
dipersetujui oleh pihak lelaki.
Perempuan telah bertunang juga
boleh dipinang jika diizinkan oleh tunangnya. Keadaan ini di mana tunangnya
bersedia memutuskan pertunangan jika ada lelaki lain ingin meminang tunangnya.
Hakikatnya, pertunangan itu belum diputuskan sehingga ada lelaki lain meminang
perempuan itu.
Perkara itu ditegaskan oleh
Rasulullah melalui sabda Baginda bermaksud: “Seorang lelaki tidak boleh
meminang pinangan lelaki lain, sehingga lelaki pertama yang meminangnya
membatalkannya, atau mengizinkannya.” (Hadis riwayat Bukhari).
Syarat Ketiga: Perempuan yang hendak dipinang tidak dalam idah.
Idah ialah masa selepas
diceraikan sehingga genap tempohnya yang membolehkan perempuan berkahwin
semula. Masa edah ialah tiga kali haid atau 100 hari bagi wanita yang
diceraikan atau kematian suaminya.
Dalam masa idah perempuan tidak
boleh berkahwin. Wanita yang diceraikan oleh suaminya dengan talak raji (talak
satu dan dua), boleh dirujuk kembali oleh suaminya pada bila-bila masa yang
dikehendakinya, selagi tempoh idahnya belum tamat. Talak raji ialah talak yang
boleh dirujuk semula.
Perkara ini ada dinyatakan dalam
firman Allah yang bermaksud: “Dan (bekas) suami mereka lebih berhak
kembali kepada mereka (rujuk), (dalam masa edah raji), jika mereka menghendaki
perdamaian.” (Surah al-Baqarah, ayat 228).
Isteri ditalak dengan talak bain
(talak tiga), juga perlu melalui tempoh edah. Edah bagi memastikan dia
benar-benar tidak mengandungkan zuriat (dapat pastikan dengan setelah tiga kali
suci haid) bekas suaminya. Jika dia mengandung, edahnya dilanjutkan sehingga
melahirkan kandungan.
Janda diceraikan dengan talak
bain tidak boleh dirujuk atau berkahwin semula dengan bekas suaminya.
Bagaimanapun, peluang untuk kedua-duanya berkahwin semula hanya ada setelah
wanita itu berkahwin dengan lelaki lain, dan di antara kedua-duanya telah
bercampur kemudian diceraikan pula oleh suami kedua.
Perlu ditegaskan, perkahwinan
dengan suami baru itu perlu dilakukan dengan niat perkahwinan sebenarnya.
Maksudnya perkahwinan yang ingin berkekalan sepanjang hayat. Perceraian
(kemudian jika berlaku) tidak terlintas di dalam hati kedua-duanya.
Amalan ‘cinta buta’ seperti
dilakukan dalam masyarakat sebenarnya tidak wujud dalam hukum agama. Cina buta
jika dirancang dan diniatkan, maka perkahwinan itu tidak sah. Lelaki yang
dipertanggungjawabkan sebagai cina buta telah ditetapkan supaya menceraikan
isteri dalam tempoh tertentu selepas berkahwin.
Perbuatan itu sama dengan kahwin
kontrak atau kahwin mutaah. Kahwin mutaah diharamkan atau tidak sah. Justeru,
syarat ‘kahwin’ bagi membolehkan isteri dicerai bain berkahwin semula dengan
suami asal tidak sah.
Bagaimanapun, perkahwinan itu sah
jika lelaki yang dijadikan ‘cina buta’ itu tidak mengetahui perkara sebenar.
Dia berkahwin dengan niat baik, tetapi dipaksa menceraikan isterinya atau
isteri memohon cerai bagi membolehkan berkahwin dengan bekas suami. Namun,
terimalah balasan dosa mereka yang sengaja melakukan perbuatan itu.
Janda ditalak dengan talak bain
dan balu kematian suami boleh dipinang dengan cara sindiran ketika masih dalam
edah. Maksud sindiran ialah ia tidak dinyatakan secara terus terang. Perbuatan
itu sekadar memberi ‘isyarat’ keinginan hati yang mana difahami oleh perempuan
itu.
Syarat Keempat: Perempuan yang hendak dipinang mestilah sah nikah
dengannya atau bukan muhrimnya. Haram bagi seorang lelaki meminang
wanita muhrimnya, kerana di antara kedua-duanya diharamkan nikah.
Perempuan yang diharamkan
dikahwini ada dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Diharamkan ke atasmu
menikahi ibu-ibumu, anak-anak perempuanmu, saudara-saudara perempuanmu,
saudara-saudara perempuan bapamu (ibu saudara sebelah bapa), saudara-saudara
perempuan ibumu (ibu saudara sebelah ibu), anak-anak perempuan daripada saudara
lelakimu, anak-anak perempuan daripada saudara perempuanmu, ibu-ibu yang
menyusukanmu, saudara-saudara perempuan sepersusuan, ibu mentuamu dan anak-anak
tirimu yang ibunya sudah kamu campuri, tetapi jika kamu belum mencampuri
ibunya, kamu boleh mengkahwininya.” (Surah al-Nisa, ayat 32).
Ikatan pertunangan bermakna
persetujuan perempuan dan lelaki berkahwin pada suatu masa ditetapkan. Namun,
ikatan pertunangan bukanlah sebagai kebenaran membolehkan lelaki dan perempuan
bergaul bebas.
Lelaki dan perempuan yang
bertunang masih terikat dengan hukum halal dan haram seperti mana hubungan
bukan muhrim.
Ibu bapa perlu mengawal anak
perempuan yang bertunang supaya tidak bergaul bebas dengan tunangnya. Alasan
bahawa mereka akan berkahwin selepas itu bukanlah bermakna semuanya boleh
dilakukan sepertimana pasangan yang telah berkahwin. Bahkan ada ibu baya yang
menggalakkan anak yang bertunang agar sering keluar bersama-sama dengan alasan
mencari keserasian dan menyuburkan perasaan cinta.
Ikatan pertunangan sekadar satu
perjanjian antara lelaki dan perempuan yang setuju menjadi suami isteri pada
masa akan datang. Ibu bapa yang menggalak atau membiarkan anak mereka bebas
bergaul dengan tunang akan menanggung perbuatan dosa yang dilakukan oleh
anaknya.
Jika dirasakan ikatan pertunangan
itu menyebabkan hubungan bebas, maka ibu bapa perlu memikirkan supaya
perkahwinan disegerakan. Tindakan itu dapat mengelakkan daripada berlaku
keterlanjuran.
Tambahan pula, dalam tempoh
pertunangan yang lama, sering menyebabkan perkara yang merenggangkan hubungan
pertunangan. Banyak cabaran dan kerenah yang terpaksa dihadapi oleh pasangan
bertunang.
Sering kali ada pihak yang
mengambil kesempatan menyebarkan fitnah dan usaha memutuskan pertunangan itu.
Perbuatan itu dilakukan oleh mereka yang iri hati melihat pasangan yang bakal
berkahwin dan menikmati kebahagiaan hidup berkeluarga kemudiannya.
Maka, untuk menjamin pertunangan
berakhir dengan kebahagiaan, wajarlah perkahwinan disegerakan. Lebih awal
berkahwin, lebih cepat menikmati apa yang diharapkan melalui perkahwinan.
Kebahagiaan hidup berkeluarga
adalah sebahagian daripada nikmat yang Allah janjikan dalam hubungan lelaki dan
perempuan.
Berkahwin awal antara lain
berpeluang mendapat zuriat lebih awal. Zuriat adalah anugerah Allah yang
menyerikan suasana hidup suami isteri. Justeru pasangan berkahwin perlu
menyimpan hasrat ingin mendapat zuriat yang ramai. Zuriat yang ramai
menyediakan rezeki yang lebih luas dan kehidupan yang lebih bahagia.
Pasangan yang melahirkan zuriat ramai
sebenarnya menyempurnakan hasrat Rasulullah yang inginkan umat yang ramai pada
akhirat nanti. Sabda Rasulullah bermaksud:“Berkahwinlah kamu dan
mempunyai anak melaluinya, sesungguhnya aku berbangga dengan umatku yang ramai
di akhirat nanti.”

TUGASAN ESEI DAN PEMBENTANGAN (KELAS DKA 3C)
KUMPULAN 1
(MUAWIYAH BIN ABU SUFYAN:
PENGASAS KERAJAAN UMAIYYAH)
1. MUHAMMAD
SHAHDAN BIN MARUAN
2. MUHAMMAD
NIZAM BIN JASMAN
3. MUHD
AMIN BIN HJ. YUSUF
4. MUHD
IKRAM BIN AZIZ
KUMPULAN 2
(KHALIFAH
UMAR ABDUL AZIZ: PENAKLUK DUNIA BERJIWA HAMBA)
1.
NUR FITRAH NADIA BT RAZALI
2. SITI
ZULAIKHA BT ZUBIR
3. SUHALI
AYUNI BT MOHAMED SHUBURI
KUMPULAN 3
(KHALIFAH
HARUN AR-RASYID: PENCINTA ILMU PENGETAHUAN)
1. MOHD
AIZAT
2. MUHAMAD
FARID B. KAMAL AZLI
3. HASMAL
PITRI B. DAMIRI
4. MOHD
IKRAM BIN AZIZ
KUMPULAN 4
( SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH: PENAKLUK KOTA KONSTANTINOPEL)
1. RAUDHAH
ADIBAH BT. AHMAD ZUBIR
2. NURUL
IZZAH FASIHAH BT. ABDUL LATIF
3. SITI
HANIM BT AMIRUDDIN
4. SITI
AMIRAH BT MOHD SAIFULLAH
KUMPULAN 5
(KRISIS DI SELATAN THAILAND)
1. MUHAMMAD
IZZUL IZHAR BIN ZAMRI
2. MUHAMMAD
IKHMAL BIN RAMLI
3. MUHAMMAD
SYAZZUAN BIN SHAHIDAN
4. KONG
YEW KEN
KUMPULAN 6
(PERGOLAKAN SYIRIA ISU SEJAGAT)
1. NURUL
FATIHAH BINTI ADNAN
2. RAJA
NUR SHAREENA BINTI RAJA AHMAD TAJUDDIN
3. HUMAIRA
NOR HIDAYAH BINTI YA'AKOP
KUMPULAN 7
(TOKOH: TAN SRI SYED
MOKHTAR AL- BUKHARY)
1. MOHD
ALIFF FITRY BIN ZULKIFLEE
2. MOHD
NAZRUL HARIZ B. BAHARI NOR
3. MOHD
HAZIQ IRFAN BIN MOKTAR
4. THARMAN
A/L SUBRAMANIAM
