Sajak ini yang telah aku ubahsuai dari penulis asal sebagai wasiat untuk anak-anak muridku sebelum meninggalkan SMKUSJ23 kalau tidak silap saya pada 10.2.2010. Walaupun tidak lama mengajar di sekolah ini (Julai 2009-Feb 2010) sahaja,namun,banyak juga pengalaman berharga yang dapat dikutip sepanjang berada di sekolah ini.
Di SMK USJ 23 ini,
Bersamalah kalian mengatur langkah
Mencari ilmu untuk bekalan ke sana
Menambah pengalaman sebelum lewat usia
Di SMK USJ 23 ini,
Mereka, guru-guru yang kalian sayangi
Tidak jemu-jemu dalam menabur bakti kepada kalian
agar kalian tidak sesal dikemudian hari
Dari itu ,
Janganlah mensia-siakan harapan ayah bonda
Tidak juga membuat guru-guru berputih mata
Kerana kalianlah harapan mereka
Tangan-tangan yang bakal mewarisi Negara
Ayuh!
Bangunlah para pelajarku sekalian
Buktikan pada mereka
Kalian insan-insan berguna dan mengenang jasa
Bakal intelektual dan tokoh agama
Yang akan membela agama, bangsa, dan negara.
Popular Posts
-
MEMINANG adalah permintaan lelaki terhadap perempuan untuk dijadikan isteri. Sebelum urusan peminangan dilakukan ada beberapa syarat yang ...
-
Dalam kepesatan masyarakat menuju ke arah negara maju, masih wujud kekeliruan antara tuntutan agama dan adat yang menjadi pegangan kuat or...
-
Detik jam simbol kepelbagaian, menggunakan sistem automasi dan menekankan kejituan…….. Masa akan terus berjalan samada bersama atau ...
-
“Eh, betul ke ko dah bertunang, bila?” Tanya Ali tiba-tiba, dengar dari mulut orang barangkali. “Aah, baru je kelmarin aku bertunang” Ja...
-
Air mazi adalah sejenis cecair jernih melekit dan berbau kuat yang keluar dari kemaluan lelaki dan wanita setiap kali ada rangsangan syahwat...
-
Perkataan klon berasal dari perkataan Greek yang bermaksud ‘ranting’. Ini berasaskan kepada penanaman pokok yang memerlukan ranting bagi me...
-
Sudah menjadi satu rutin bagi kita masyarakat malaysia bila hampir sahaja musim cuti persekolahan pasti berderet-deret kad undangan walima...
-
Politik & Kenegaraan Islam-edited
-
Buku karangan Sahrul Azmi Sidek ini saya beli untuk mendalami subjek yang diajar iaitu Tamadun Islam.Sub topik bagi subjek ini antaranya zam...
-
Pengertian Harta Istilah harta atau al-mal dalam al-Quran mahupun sunnah tidak dibatasi dalam raung lingkup makna tertentu, sehinggakan pe...
Leave a Reply